Assalammualaikum..
Rasanya dah lama tak buat entry ni..Dalam beberapa hari ni kecoh kat paper LELAKI nak tukar nama.
Best sangat ke sampai nak jadi perempuaan ni?..aku tak paham la kenapa ada manusia yang di jadi kan sempurna sanggup menenggung dosa besar ni..Ya Allah buka la pintu hati mereka supaya kembali ke jalan Mu Yallah...
Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, yang mahu menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz..Menggemparkan negara.Kalau anda baca paper mesti ada kisah lelaki ini.
Kalau kita tengok muka dia mesti kita ingat perempuan kan..Tak tahu la kenapa LELAKI ini sanggup nak tukar jantina...Allah menjadi manusia sebaik-baik umat ye..Jangan kita lawan takdir tuhan...Kita semua doa kan la LELAKI ini kembali bertaubat..Mungkin dia kurang pengetahuan agama atau dari segi didikan waktu kecil..Jangan la hanya mencaci atau mencemuh golongan ini..Masyarakat harus sama-sama binbing kaum macam ni..
Hukum Tukar Jantina Dalam Islam
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya):
“Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.”
(Riwayat al-Bukhari).
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya):
“Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”.
(Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).
Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah at-Tiin ayat 4).
“Walau apa alasan sekalipun, perbuatan menukar jantina tetap haram di sisi Islam dan berdosa besar,” Timbalan Mufti Negeri Terengganu, M Rodzi Bidin.
Read more: http://dnobiz.com/santai/tukar-jantina-luahan-lelaki-tukar-jantina/#ixzz1SjrQAcf3
p/s:jangan la kita hanya pandai mencemuh..ini la manusia akhir zaman..binbing la mereka supaya tidak sesat...