hai..jangan lupa tinggal jejak anda.jangn lupa comment blog kita.terima kasih

TIADA GANTI YE..DIA LAH PERMATA.


السلام عليكم


Semua yang lahir kat dunia ni mesti ada ber bin kan nama ayah..Kalau tiada ayah macam mana kita boleh lahir kat dunia ni kan..Ada orang panggil ayah, abah, papa, daddy,abi, walid atau ape pun panggilan hormat...Ayah adalah ketua keluarga, umpama Kapten kapal besar..Tanpa ketua hancur la keluarga itu...Panjang pulak mukadimah ye..hehe..

Aku pun ada AYAH..EN.Harun Othman..Ayah aku seorang pendiam, garang dan tegas...Aku sayang sangat kat ayah..Even ayah penah luka kan hati keluarga ku dengan kisah silam dulu..Aku tetap sayang kan ayah..
Ayah seorang yang bertanggungjawab..Tak pernah sekali pun ayah lepas tanggan pada keluarga..Ayah sentiasa pasti kan keluarga nya dalam keadaan baik.

Aku hargai pengorbanan ayah nak besar kan aku sekeluarga..Ayah cuba nak buat yang terbaik buat aku sekeluarga..Tiada sapa pun boleh ganti kan tempat Ayah...Walaupun aku sedih bila keluarga aku tak macm dulu..Tapi aku syukur sangat kat Tuhan sebab ayah tak pernah tinggalkan kami...



ayah ku adalah yang terhebat ..semoga ayah tidak jemu untuk menberikan kasih
sayang buat kami sekeluarga....

Aku harap ayah akan terus menjadi kepten famly aku sampai bila..
Aku sedih..ayah aku tak macam orang lain..Dari kecil sampai dewasa..ayah tak pernah nak tunjuk kasih sayang dia..Tapi aku tahu ayah sayang kan kami semua..

Walaupun ayah tak pernah datang sekolah ambik kad laporan aku, aku tetap sabar kan hati yang ayah sibuk keja...Ayah hanya perhatikan dari jauh aje kemajuan dan kejaan anak-anak dia..
Mungkin itu cara dia mendidik anak-anak dia..
Ayah tolong la jadi ayah yang terbaik buat keluarga ini samapi bila-bila..Kasi sayang ayah jangan sikit pun kurang buat kami semua....

Aku selalu doa kan yang terbaik buat ayah...Terima kasih ayah untuk semua pengorbanan ayah nak besar kan aku..Sampai aku berjaya macam ni..Hanya Tuhan saja dapat menbalas jasa ayah...Kasih sayang tiada ganti ye..Kirah sayang ayah...sayang sampai bila-bila..aku akan cuba untuk bahagia kan ayah.

ketika menaip enty ni..
air mata aku mengalir sebak..
Moga Ayah panjang umur.

..JaTuH CinTa.??..

Assalammualaikum..blogger semua..

Rasa ye sejak akhir-akhir ni aku rajin pulak update blog kan.Maybe aku tak sibuk kut kan...
Tajuk entry ni macam menarik je kan..Aku dah lama jatuh cinta, tapi tak tahu la cinta ni datang dari hati yang ke ataupun mainan perasaan je kan..Naluri manusia tidak terlepas dari jatuh cinta.Cinta itu suci yang lahir dari perasaan kita.Kita di galakan tidak obsis dengan cinta.Takut cinta ni makan diri kita balik.
Ada orang kata cinta tu buta..Bagi aku cinta tu tak ada mata..Yang buta ada la manusia yang bercinta kan..
Jangan tanya la berapa kali aku dah jatuh cinta..tapi zaman sekolah aku tak pernah rasa cinta monyet kut..





Aku rasa nak share ngn blogger semua bahawa anda-anda sudah jatuh cinta..Jom kita pakat-pakat duk baca ni na..hehe..bahasa utara sat na...boleh la sikit kan..

Kalau anda marah atau merajuk dengan nya tidak terlalu lama, hanya sekejap.
Korang akan sentiasa merindui nya.
Akan rasa malu-malu bila bersama si dia.
Apabila berfikir tentang si dia, jantung anda akan berdegup pantas.
Hanya mendengar suara nya. anda akan tersenyum tanpa sebab(angau kut).
Apabila anda melihat dia,anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
 Dia sentiasa di fikiran anda.
Anda akan sentiasa terhidu baunya.
Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


pEndapat Mrs Bucuk.

Sudah tentu la kita kawal kemarahan kita, time bercinta ni kita kena jaga perasaan pasangan kita tu.ok

Selalu juga windu windu kat Mr Bucuk saya.


Mula-mula ada la rasa malu-malu, sekarang ni dah tak malu pun...


Rasa nak tercabut jatung den ni ha..dup dup


Itu sudah pasti,,bagai nak gilarrrr..


Betoi gak, macam kat situ ada aku ngn dia jer..Mr Bucuk


Yeala..Mr Bucuk sentiasa ada dalam fikiran saya ni..

Ni kelakar kut, aku pi mane je hidung ni bau dia jer..Sampai sebelom nak tido tu, aku duk bau baju Mr Bucuk..hahaha..

Boleh la..tapi tak la sampai mudaratkan diri ni.

Teringat pada Mr bucuk..terus call dia..












::.MiSi MeNCaRi NurKasih.::



Assalammualaikum....thankz sudi menempik muka ka blog aku yang macam pe tah..hehe..Kita shakirah ni, boleh la kutuj blog sendiri...Na na na na...naper ye berbunga riang ni..nak ceta nak ceta..ni hari selasa punya cerita da..aku ngan dak umah bujang gie nengok la ceta NurKasih, yang orang duk kata best sngat tu...Sanggup balik kerja pagi tu dengan mengantok ye...Thankz to naDz coz bawak kitaorang jalan2 round epoh....




ok..ceta dia ok la..Tapi bagi aku bosan la jugak.Coz jalan cerita slow dan banyak imbas kenangan lama, bagi aku drama nurKasih tv3 lagi best la..huhu..Tapi siapa lagi kalau tak kita yang sokong cerita melayu kan...So best ke tak..Layan jer..bawak la famly ramai2 gi tengok nurkasih ni...
























..HIPERHIDROSIS DAN HELIZA HELMI..


Assalammualaikum..haiiii..salam 1 malaysia...Dah lama tak update blog nie..Korang ingat tak entry nie HIPERHIDROSIS ...Entry kali ini ada lah sambungan dari cerita itu ok...
Heliza Helmi penyanyi terkenal pun menghadapi penyakit hiperhidrosis ataupun kuat berpeluh taw..Aku taw dari mana dia dapat penyakit nie waktu tengok Akademi Fantasia la..kan diorang ada cerita time rancangan

tu.Sumber lain aku baca dalam surat khabar Utusan Malaysia la.Penyakit nie memang la nampak biasa jer.Tapi bagi orang yang mangalami ye rasa tak selesa ok..Aku pun alami penyakit ni.Peluh banyak dekat tanggan, kaki n ketiak..Kalau panas lagi la banyak peluh ye..Kalau dekat kaki sampai berbau masam peluh taw.
Korang baca la keratan pasal Heliza Helmi ni dari Utusan Malaysia.


HELIZA mengakui tangan berpeluh menjejaskan aktiviti hariannya terutama ketika mengadakan persembahan dan bersalaman dengan peminat.


HELIZA Helmi kelihatan tenang dan yakin setiap kali mengadakan persembahan. Namun, di sebalik riak wajah yang berkeyakinan itu, ramai tidak mengetahui bintang Akademi Fantasia 4 ini sebenarnya menghidapi masalah yang boleh dikatakan serius.
Tapak tangannya sentiasa berpeluh. Ia bukan peluh biasa. Adakala tangannya kelihatan seperti baru dibasuh. Keadaan menjadi lebih serius andai dia gementar dan risau.
“Setiap kali selepas persembahan, saya pasti akan mengelap dahulu mikrofon sebelum memberi kepada orang lain,” kata penyanyi dan pelakon bermata bundar ini.


Heliza disahkan doktor mengalami hiperhidrosis iaitu keadaan di mana individu berpeluh melampau. Terdapat pelbagai jenis hiperhidrosis dan gadis ini tergolong dalam palmar iaitu berpeluh melampau di bahagian tapak tangan.
Penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mula menyedari dia mengalami masalah tersebut ketika sekolah rendah lagi. Menurutnya, ia bukan penyakit keturunan kerana tidak ada seorang pun ahli keluarganya mengalami masalah tersebut.
“Boleh dikatakan tisu adalah teman karib saya sepanjang masa. Di mana ada saya, di situlah ada tisu,” ujarnya.
Menurut Heliza, dia mengalami perpeluhan sepanjang masa kecuali tidur. Keadaan menjadi lebih serius seandainya dia berdebar untuk melakukan sesuatu, contohnya mengadakan persembahan dan menghadapi peperiksaan.
Heliza masih ingat bagaimana dia terpaksa membawa sapu tangan bagi menangani masalahnya ketika menduduki peperiksaan. Katanya, selain basah dan tidak selesa, tangannya juga sentiasa rasa sejuk.


Pelakon Syurga Cinta ini pernah mendapatkan pandangan daripada doktor dan cuba mencari sebanyak mungkin maklumat melalui pembacaan buku serta Internet.
“Buat masa ini saya memakai driclor. Bolehlah tahan sikit daripada berpeluh. Tapi, kadang-kadang jadi gatal-gatal pula,” katanya.
Heliza ada terbaca mengenai pembedahan Video Assissted Thoracoscopic Symphatectomy (VATS), namun sedang dalam pertimbangan sama ada ingin melakukannya atau tidak.
“Saya pernah terbaca kesan sampingan akibat pembedahan itu. Walaupun hanya peratusan yang kecil, tapi saya agak risau terutama andai ia menyebabkan kulit saya kering melampau,” katanya.


thankz sebab sudi baca entry kali ini..Sebagai panduan bersama.Banyak kan menbaca untuk menambah kan ilmu.Dengan menbaca dari tak tahu ape-ape, jadi tahu ok.So korang cuba la praktiskan yer..hehe..sekian saja dari aku yang tak seberapa nie.




Photobucket








HIPERHIDROSIS..??..APA TU.??



Menurut Pakar Perunding Bedah dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail, hiperhidrosis adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif.
“Punca sebenarnya tidak ketahui. Namun ia berlaku kepada satu hingga tiga peratus penduduk dunia tidak kira bangsa,” katanya.
Menurutnya, nisbah antara penghidap lelaki dan wanita adalah sama namun golongan lelaki cenderung mengalami jenis plantar (kaki) manakala wanita pula palmar.
Biasanya, simptom hiperhidrosis mula kelihatan ketika sejak usia antara 10 tahun hingga 20-an. Kemungkinan berlaku di kalangan ahli keluarga adalah tinggi namun ia bukan kemestian.
Walaupun tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan, hiperhidrosis dianggap mengganggu aktiviti sosial individu terbabit.
“Individu terbabit akan rasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai. Apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial,” katanya.


• MASALAH PELUH YANG BERLEBIHAN / ISTILAH SAINSNYA IALAH HIPERHIDROSIS.
• MENGUNDAG RASA TIDAK SELESA KEPADA YANG MNGALAMINYA.
• Peluh adalah satu hal normal tapi kalau berlebihan hingga ada kalanya sampai menitik kelantai, kena ambk serius nie.

Masalah peluh berlebihan ini terbahagi kepada dua:
• Primary – bersifat idiopathic / tiada kaitan dengan sebarang gejala penyakit yang lain.
• Secondary – ia berlaku berkaitan dengan beberapa masalah perubatan seperti hidup diabetes dan masalah tiroid.

Kawasan tubuh yang sering diserang:

• Muka
• Tanggan
• Ketiak
• Kaki

                                          Rawatan:
terdapat beberapa kaedah merawat hiperhidrosis. Antaranya:

Antiperspirant
• Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan bersifat sementara.
• Pemakaian perlu diulang.
• Pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan


Suntikan
• Bagi mengurangkan aktiviti saraf simpathetik.
• Namun kadangkala mengganggu aktiviti simpathetik hingga berlaku masalah lain seperti sembelit, cirit-birit, rasa loya dan pengsan.
• Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.

Pembedahan
• Pembedahan invasif minimum melalui VATS paling berkesan dan selamat.
• Mengambil masa sekitar satu jam.
• Kesan serta-merta.
• Kejayaan hampir 100 peratus.
• Luka pembedahan hanya sebesar 5mm - 1sm.

Kesan sampingan
Dr. Muhammad Ishamuddin memberitahu, kemungkinan untuk mengalami kesan sampingan hanya sekitar satu hingga tiga peratus sahaja dan kesakitan yang berlaku biasanya disebabkan pembedahan.
Rasa sakit seperti sengal biasa berlaku di bahagian dada dan belakang.
“Ia berlaku lebih kurang dua minggu dan bersifat sementara,” katanya.
Jelas beliau lagi, pesakit boleh pulang dari wad sehari selepas pembedahan dan proses penyembuhan berlaku dengan pantas.
Kesan sampingan lain pula seperti berpeluh di bahagian lain, sesak nafas dan sebagainya juga bersifat sementara. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan pula kata beliau, boleh diatasi dengan menyapu losen atau krim.
Menurutnya, sehingga kini PPUKM mencatatkan kejayaan 100 peratus dalam VATS dan purata 50 pembedahan dilakukan setiap tahun.

Sumber dari :
      Utusan malaysia .
      Google.
      Majalah dara.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...