hai..jangan lupa tinggal jejak anda.jangn lupa comment blog kita.terima kasih

..HIPERHIDROSIS DAN HELIZA HELMI..


Assalammualaikum..haiiii..salam 1 malaysia...Dah lama tak update blog nie..Korang ingat tak entry nie HIPERHIDROSIS ...Entry kali ini ada lah sambungan dari cerita itu ok...
Heliza Helmi penyanyi terkenal pun menghadapi penyakit hiperhidrosis ataupun kuat berpeluh taw..Aku taw dari mana dia dapat penyakit nie waktu tengok Akademi Fantasia la..kan diorang ada cerita time rancangan

tu.Sumber lain aku baca dalam surat khabar Utusan Malaysia la.Penyakit nie memang la nampak biasa jer.Tapi bagi orang yang mangalami ye rasa tak selesa ok..Aku pun alami penyakit ni.Peluh banyak dekat tanggan, kaki n ketiak..Kalau panas lagi la banyak peluh ye..Kalau dekat kaki sampai berbau masam peluh taw.
Korang baca la keratan pasal Heliza Helmi ni dari Utusan Malaysia.


HELIZA mengakui tangan berpeluh menjejaskan aktiviti hariannya terutama ketika mengadakan persembahan dan bersalaman dengan peminat.


HELIZA Helmi kelihatan tenang dan yakin setiap kali mengadakan persembahan. Namun, di sebalik riak wajah yang berkeyakinan itu, ramai tidak mengetahui bintang Akademi Fantasia 4 ini sebenarnya menghidapi masalah yang boleh dikatakan serius.
Tapak tangannya sentiasa berpeluh. Ia bukan peluh biasa. Adakala tangannya kelihatan seperti baru dibasuh. Keadaan menjadi lebih serius andai dia gementar dan risau.
“Setiap kali selepas persembahan, saya pasti akan mengelap dahulu mikrofon sebelum memberi kepada orang lain,” kata penyanyi dan pelakon bermata bundar ini.


Heliza disahkan doktor mengalami hiperhidrosis iaitu keadaan di mana individu berpeluh melampau. Terdapat pelbagai jenis hiperhidrosis dan gadis ini tergolong dalam palmar iaitu berpeluh melampau di bahagian tapak tangan.
Penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini mula menyedari dia mengalami masalah tersebut ketika sekolah rendah lagi. Menurutnya, ia bukan penyakit keturunan kerana tidak ada seorang pun ahli keluarganya mengalami masalah tersebut.
“Boleh dikatakan tisu adalah teman karib saya sepanjang masa. Di mana ada saya, di situlah ada tisu,” ujarnya.
Menurut Heliza, dia mengalami perpeluhan sepanjang masa kecuali tidur. Keadaan menjadi lebih serius seandainya dia berdebar untuk melakukan sesuatu, contohnya mengadakan persembahan dan menghadapi peperiksaan.
Heliza masih ingat bagaimana dia terpaksa membawa sapu tangan bagi menangani masalahnya ketika menduduki peperiksaan. Katanya, selain basah dan tidak selesa, tangannya juga sentiasa rasa sejuk.


Pelakon Syurga Cinta ini pernah mendapatkan pandangan daripada doktor dan cuba mencari sebanyak mungkin maklumat melalui pembacaan buku serta Internet.
“Buat masa ini saya memakai driclor. Bolehlah tahan sikit daripada berpeluh. Tapi, kadang-kadang jadi gatal-gatal pula,” katanya.
Heliza ada terbaca mengenai pembedahan Video Assissted Thoracoscopic Symphatectomy (VATS), namun sedang dalam pertimbangan sama ada ingin melakukannya atau tidak.
“Saya pernah terbaca kesan sampingan akibat pembedahan itu. Walaupun hanya peratusan yang kecil, tapi saya agak risau terutama andai ia menyebabkan kulit saya kering melampau,” katanya.


thankz sebab sudi baca entry kali ini..Sebagai panduan bersama.Banyak kan menbaca untuk menambah kan ilmu.Dengan menbaca dari tak tahu ape-ape, jadi tahu ok.So korang cuba la praktiskan yer..hehe..sekian saja dari aku yang tak seberapa nie.




Photobucket








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...