hai..jangan lupa tinggal jejak anda.jangn lupa comment blog kita.terima kasih

HIPERHIDROSIS..??..APA TU.??



Menurut Pakar Perunding Bedah dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail, hiperhidrosis adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif.
“Punca sebenarnya tidak ketahui. Namun ia berlaku kepada satu hingga tiga peratus penduduk dunia tidak kira bangsa,” katanya.
Menurutnya, nisbah antara penghidap lelaki dan wanita adalah sama namun golongan lelaki cenderung mengalami jenis plantar (kaki) manakala wanita pula palmar.
Biasanya, simptom hiperhidrosis mula kelihatan ketika sejak usia antara 10 tahun hingga 20-an. Kemungkinan berlaku di kalangan ahli keluarga adalah tinggi namun ia bukan kemestian.
Walaupun tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan, hiperhidrosis dianggap mengganggu aktiviti sosial individu terbabit.
“Individu terbabit akan rasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai. Apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial,” katanya.


• MASALAH PELUH YANG BERLEBIHAN / ISTILAH SAINSNYA IALAH HIPERHIDROSIS.
• MENGUNDAG RASA TIDAK SELESA KEPADA YANG MNGALAMINYA.
• Peluh adalah satu hal normal tapi kalau berlebihan hingga ada kalanya sampai menitik kelantai, kena ambk serius nie.

Masalah peluh berlebihan ini terbahagi kepada dua:
• Primary – bersifat idiopathic / tiada kaitan dengan sebarang gejala penyakit yang lain.
• Secondary – ia berlaku berkaitan dengan beberapa masalah perubatan seperti hidup diabetes dan masalah tiroid.

Kawasan tubuh yang sering diserang:

• Muka
• Tanggan
• Ketiak
• Kaki

                                          Rawatan:
terdapat beberapa kaedah merawat hiperhidrosis. Antaranya:

Antiperspirant
• Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan bersifat sementara.
• Pemakaian perlu diulang.
• Pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan


Suntikan
• Bagi mengurangkan aktiviti saraf simpathetik.
• Namun kadangkala mengganggu aktiviti simpathetik hingga berlaku masalah lain seperti sembelit, cirit-birit, rasa loya dan pengsan.
• Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.

Pembedahan
• Pembedahan invasif minimum melalui VATS paling berkesan dan selamat.
• Mengambil masa sekitar satu jam.
• Kesan serta-merta.
• Kejayaan hampir 100 peratus.
• Luka pembedahan hanya sebesar 5mm - 1sm.

Kesan sampingan
Dr. Muhammad Ishamuddin memberitahu, kemungkinan untuk mengalami kesan sampingan hanya sekitar satu hingga tiga peratus sahaja dan kesakitan yang berlaku biasanya disebabkan pembedahan.
Rasa sakit seperti sengal biasa berlaku di bahagian dada dan belakang.
“Ia berlaku lebih kurang dua minggu dan bersifat sementara,” katanya.
Jelas beliau lagi, pesakit boleh pulang dari wad sehari selepas pembedahan dan proses penyembuhan berlaku dengan pantas.
Kesan sampingan lain pula seperti berpeluh di bahagian lain, sesak nafas dan sebagainya juga bersifat sementara. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan pula kata beliau, boleh diatasi dengan menyapu losen atau krim.
Menurutnya, sehingga kini PPUKM mencatatkan kejayaan 100 peratus dalam VATS dan purata 50 pembedahan dilakukan setiap tahun.

Sumber dari :
      Utusan malaysia .
      Google.
      Majalah dara.


Photobucket

1 comment:

♡♬♪ sHaKiRah HaRuN{。^◕‿◕^。} said...

thankz sebab sudi baca n share..nanti senang2 saya lawat ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...